Friday, January 11, 2008

Kata Emak, Dia Rindu Aku

Dek terlalu menggemari kombinasi nasi panas berderai dengan ikan kering dan ulam cicah budu atau sambal belacan sepanjang kehadiran Little C, aku jadi terkedu apabila berhadapan dengan aneka roti serta kek di The Baker's Cottage.

Ketika ditanya oleh Kamal tentang destinasi pilihan untuk bersarapan pagi ini, aku bayangkan kejerihan yang perlu ditempuh suamiku jikalau soalannya dijawab dengan, "I would love to have nasi kerabu with crispy cucumber and fish chips." Kami masih jahil lokasi jualan nasi kerabu dijamin enak di Putrajaya. Hanya Perhentian Mek Kelantan di Seksyen Tujuh, Bandar Baru Bangi, yang sering dikunjungi. Maka, paf tuna dan roti sambal ikan bilislah yang mengalas perutku sementara menanti saat makan tengah hari.

Mujur berbukit-bukit perkara terbengkalai menanti di pejabat setelah seminggu aku merehatkan diri di rumah akibat alahan mengandung. Jadi, aku lupa diri ini punya anak berdarah Ketereh dan Rembau, sering menyebabkan ibunya kecur dengan makanan kampung. Kecuali donat J.CO.

Tepat jam 12:15 tengah hari, aku ke Pasar Tani di perkarangan bangunan ini. Dalam minda, bermain imej nasi panas berderai, ikan kering, dan ulam cicah sambal belacan yang disediakan khas oleh emak sebagai hidangan malam semalam. Pantas aku melangkah ke gerai nasi dan lauk-pauk kampung. Tiada ikan kering mahupun ulam yang boleh dicicah sambal belacan. Budu apatah lagi. Nasinya juga tidak berderai. Namun, ada kerabu kerang dan tauge. Lala pun ada, dan ini diidam-idamkan kerana rakanku, Shida, menyebut tentang lala olio enak yang dihidang murah bersama udang kara di Subang. Air kelapa muda melengkapkan juadah.

Aku mahu ke perpustakaan pejabat selepas menulis ini. Ingin anakku menghadam makanan rohani juga. Jika di rumah, aku selang-selikan agenda hidangan kecil enam kali sehari dan sitkom atau drama di Star World dengan pembacaan berunsur akademik serta program ilmiah di Awani. Semalam, aku terjaga dalam keheningan malam dan banyakkan zikir.

Mungkin aku lebih rindukan emak. Masakannya dan nasihatnya.

3 comments:

  1. Hmm.. boleh tahan ye craving si Little C.

    Chech... Jemput u n Kamal [and Fique, and Achik] to come to our humble house tomorrow at 2pm for Khayra's Majlis Doa Selamat n Bacaan Yasin... but if u couldn't make it, don't trouble urself ya...

    Ikan Masin tak ada... Talur Asin Insya Allah... dah rebus dah pun :)

    ReplyDelete
  2. chech my fren...

    di saat begini, kau tak wajar minum air kelapa tau.. bahaya. dulu Hanie bleeding & plasenta hancur sbb air kelapa gak la. bukan nak takutkan ko ni, tapi tanak such thing berlaku kat ko.. take care ya..

    ReplyDelete
  3. binxz: I think it's me being picky because of the various physical and mental changes.

    As for the kenduri, Alhamdulillah, by now, dah berjalan lancar kan? You masak sendiri? I had a workshop during the day. Too bad :(

    medcham: Really? Hmm... I had another portion of air kelapa just now. Am praying that everything's safe. Baru tanya K-Lynn, and she also said it's better not to drink air kelapa now. My mom had no problem with foods, so she said "berpada-pada".

    Thank you so much for the warning. Aku taubat dah.

    ReplyDelete